SELAMAT DATANG

Angry Birds -  Help

KATA PENGUAT

Kata Penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Kata Penguat terbahagi kepada tiga jenis iaitu: 

KATA PENGUAT
PENGGUNAAN
CONTOH AYAT
Kata Penguat Hadapan
paling  agak  terlalu
Digunakan di hadapan kata adjektif.
Aiman mendapat markah paling tinggi dalam ujian Bahasa Malaysia.
Rasa buah limau itu amat masam.
Kata Penguat Belakang
sekali    nian    benar   betul
Digunakan di belakang kata adjektif.
Pemandangan di pulau ini indah nian.
Dia malas benar membuat kerja rumah.
Kata Penguat Bebas
sangat  amat    sungguh
Digunakan di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Padang itu sangat luas.
Padang itu luas sangat.
Kereta itu mahal sungguh.
Kererta itu sungguh mahal.