SELAMAT DATANG

Angry Birds -  Help

Thursday, 24 November 2011

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (KATA SENDI NAMA)

 KATA sendi nama
  
SALAH
BETUL
Ravi suka durian.
Ravi suka akan durian.
Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai.
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai.
Abang sudah pergi pejabat.
Abang sudah pergi ke pejabat.
Kita mesti hormat guru.
Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru.
Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi.
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi.
Para pelancong daripada Jepun.
Para pelancong dari Jepun.
Ucapan itu dari Encik Jamal.
Ucapan itu daripada Encik Jamal.
Ali lebih tinggi dari Ahmad.
Ali lebih tinggi daripada Ahmad.
Bekas itu dibuat dari plastik.
Bekas itu dibuat daripada plastik.
Di waktu petang, saya membantu ayah.
Pada waktu petang, saya membantu ayah.
Buku itu ada dengan Sheila.
Buku itu ada pada Sheila.
Pasu itu terhempas di tanah.
Pasu itu terhempas ke tanah.
Encik Azman sudah berpindah di Klang.
Encik Azman sudah berpindah ke Klang.
Buku itu sudah saya pulangkan ke pustakawan.
Buku itu sudah saya pulangkan kepada pustakawan.
Isa tertarik dengan kejelitaan gadis itu.
Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu.
Kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh mereka.
Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh mereka.
Ayah kamu bekerja dimana?
Ayah kamu bekerja di mana?
Kita mesti menumpukan taat setia dengan Negara.
Kita mesti menumpukan taat setia pada Negara.

1 comment:

  1. Quite a nice blog, thank you for sharing the tatabahasa information.^_^

    ReplyDelete