SELAMAT DATANG

Angry Birds -  Help

KATA BILANGAN

Kata Bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk membilang atau menghitung sesuatu. Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis iaitu:


KATA BILANGAN
PENGGUNAAN
CONTOH AYAT
Kata Bilangan Tentu
dua 
sepuluh 
seribu 
sejuta
Digunakan di hadapan kata adjektif.
Emak membeli sepuluh biji telur di pasar.
Encik Lee menderma  sejuta ringgit kepada mangsa kebakaran itu.
Kata Bilangan Tak Tentu
segala 
semua beberapa pelbagai banyak
Digunakan di belakang kata adjektif.
Semua murid menghadiri ceremah itu.
Beberapa orang lelaki telah ditangkap oleh polis.
Kata Bilangan Himpunan
bertahun-tahun berguni-guni kedua-dua
Digunakan di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Kedua-dua buah rumah itu ialah milik Encik Ahmad.           
Sudah bertahun-tahun Encik Muthi bekerja di ladang.
Kata Bilangan Pisahan
tiap-tiap setiap masing-masing
Digunakan di hadapan kata adjektif.
Abang bersenam di padang setiap pagi.
Murid-murid duduk di tempat masing-masing .
Kata Bilangan Pecahan
suku separuh setengah satu-pertiga
Digunakan di belakang kata adjektif.
Saya hampir setengah tahun tidak pulang ke kampung.
Satu pertiga daripada kek itu telah dimakan oleh adik.
Kata Bilangan Tingkat
pertama kedua 
ketiga
Digunakan di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.
Anak ketiga Encik Yap ialah seorang doktor.