SELAMAT DATANG

Angry Birds -  Help

Friday 25 November 2011

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (KATA TANYA)

KATA TANYA

SALAH
BETUL
Nama kucing ini siapa?
Nama kucing ini apa?
Apa nama anak saudara kamu?     
Siapa nama anak saudara kamu?     
Apakah kamu terambil buku saya?
Adakah kamu terambil buku saya?
Adakah yang sedang kamu carikan?
Apakah yang sedang kamu carikan?
Apa adik kamu menanggis?     
Mengapa adik kamu menanggis?     
Manakah kamu akan pergi ke Jepun?     
Bilakah kamu akan pergi ke Jepun?     
Apakah meja ini dibuat?     
Bagaimanakah meja ini dibuat?     

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (KATA PENGUAT)

KATA PENGUAT


SALAH
BETUL
Pokok itu sangat tinggi sekali.
Pokok itu sangat tinggi.
Rumah nenek saya sungguh jauh sekali.
Rumah nenek saya jauh sekali.
Pemandangan di pantai paling indah sekali.
Pemandangan di pantai indah sekali.
Wayang itu amat menakutkan sekali.
Wayang itu amat menakutkan.
Bunga mawar betul cantik.     
Bunga mawar cantik betul.     
Encik Zakia benar kedekut.     
Encik Zakia kedekut benar.     
Baju kakak itu nian cantik.     
Baju kakak itu cantik nian.     
Ikan goring ini masin agak.     
Ikan goring ini agak masin.     
Kasut ini besar terlalu.     
Kasut ini terlalu besar.     

Thursday 24 November 2011

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (KATA SENDI NAMA)

 KATA sendi nama
  
SALAH
BETUL
Ravi suka durian.
Ravi suka akan durian.
Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai.
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai.
Abang sudah pergi pejabat.
Abang sudah pergi ke pejabat.
Kita mesti hormat guru.
Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru.
Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi.
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi.
Para pelancong daripada Jepun.
Para pelancong dari Jepun.
Ucapan itu dari Encik Jamal.
Ucapan itu daripada Encik Jamal.
Ali lebih tinggi dari Ahmad.
Ali lebih tinggi daripada Ahmad.
Bekas itu dibuat dari plastik.
Bekas itu dibuat daripada plastik.
Di waktu petang, saya membantu ayah.
Pada waktu petang, saya membantu ayah.
Buku itu ada dengan Sheila.
Buku itu ada pada Sheila.
Pasu itu terhempas di tanah.
Pasu itu terhempas ke tanah.
Encik Azman sudah berpindah di Klang.
Encik Azman sudah berpindah ke Klang.
Buku itu sudah saya pulangkan ke pustakawan.
Buku itu sudah saya pulangkan kepada pustakawan.
Isa tertarik dengan kejelitaan gadis itu.
Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu.
Kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh mereka.
Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh mereka.
Ayah kamu bekerja dimana?
Ayah kamu bekerja di mana?
Kita mesti menumpukan taat setia dengan Negara.
Kita mesti menumpukan taat setia pada Negara.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (KATA BILANGAN)

KATA BILANGAN

SALAH
BETUL
Setengah orang tidak suka akan durian.
Setengah-setengah orang tidak suka akan durian.
Tiap pelajar harus berdisiplin.
Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin.
Kedua orang itu anggota polis.
Kedua-dua orang itu anggota polis.
Berbagai kasut dijual di kedai itu.
Berbagai-bagai kasut dijual di kedai itu.
Para-para peserta sedang berbaris.
Para peserta sedang berbaris.
Sudah dua suku jam dia menunggu.
Sudah dua jam suku dia menunggu.
Harganya tiga setengah ringgit.
Harganya tiga ringgit setengah.

Wednesday 23 November 2011

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (KATA HUBUNG)

KATA HUBUNG

SALAH
BETUL
Kumar berdiri maka memberikan jawapan.
Kumar berdiri lalu memberikan jawapan.
Gadis itu cantik meskipun sombong.
Gadis itu cantik tetapi sombong.
Dia akan tidur di rumah saya dan di hotel.
Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel.
Siti menangis bila mendengar berita itu.
Siti menangis apabila mendengar berita itu.
Saya yakin agar pasukan sekolah kami akan menang dalam perlawanan itu.
Saya yakin bahawa pasukan sekolah kami akan menang dalam perlawanan itu.
Bayi itu lapar hingga dia menangis.
Bayi itu lapar maka dia menangis.
Buku ini berguna baik bagi para pelajar ataupun juga bagi para guru.
Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru.